|
||||
| [back] Utusan Daripada Bekas Presiden Chee Liew Seong - 18th Nov 2006 |
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Persatuan Parkinson Malaysia. Banyak peristiwa yang telah berlaku sejak dua tahun kebelakangan ini. Lipu-tan lengkap mengenai segala peristiwa ini akan dibentangkan dalam Laporan Setiausaha (agenda berikutnya). Seca-ra keseluruhannya, PPM telah menjadi sebuah badan bukan-kerajaan yang besar; ia telah mencapai matlamat utamanya, iaitu memiliki sebuah pusat rawatan harian yang merupakan tempat segala aktiviti dijalankan bagi memenuhi keperluan ahli-ahli. Tempat ini telah dinamakan Kelab Parkinson (KP), yang telah dirasmikan pada April 22, 2006. Pada masa ini, aktiviti mingguan seperti Fisioterapi, Pemuli-han Perubatan Carakerja, Senaman Otot Muka dan Vokel (Suara), Taiji Qigong, Waidan Gong dan Tarian Bari-san (Line Dancing) sedang dijalankan serentak dengan aktiviti sosial (Pera-yaan Kek Bulan) di KP. Tidak lama lagi, Terapi Vokel (Speech Therapy) juga akan dimulakan di KP. Namun begitu, disebabkan saiz KP yang agak kecil, perjumpaan yang lebih besar yang me-libatkan lebih daripada 30 orang ter-paksa dijalankan di Pusat Perubatan Pantai (Bangsar). Sebagai sebuah badan bukan-kerajaan yang mempunyai lebih daripada 500 ahli, proses memperkembangkan KP dengan menjalankan pelbagai aktiviti sememangnya menelan belanja tahunan (termasuk sewa bulanan, gaji kakita-ngan) yang besar, iaitu kira-kira RM60,000. Oleh itu, PPM harus berusaha keras di dalam kempen mengutip derma – suatu cabaran besar bagi ahli jawatankuasa baharu dan juga kita semua. PPM telah diberikan taraf "pengecua-lian cukai" ("tax-exempt") oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri. Kita amat yakin bahawa masyarakat akan memberikan sokongan yang secukupnya. Apa yang diimpiankan oleh PPM ialah pada masa hadapan, ia akan memiliki sebuah bangunannya sendiri. Lebih-lebih lagi, PPM ialah satu-satunya badan bukan-kerajaan yang memper-juangkan hak dan kebajikan masya-rakat Parkinson di negara ini. Kita percaya bahawa semangat "Malaysia Boleh" dan sifat penyayang masya-rakat Malaysia akan memainkan pe-ranan penting di dalam mencapai matlamat PPM. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada aktiviti PPM pada tahun akan datang. Walaupun telah menjalani pembedahan otak pada bulan Julai 2005, badan saya terasa semakin lemah. Oleh itu, saya tidak akan dapat memegang sebarang jawa-tan rasmi seperti Presiden ataupun ahli jawatankuasa pada tahun 2006-8. Selain masalah kesihatan, saya ingin memberikan peluang kepada orang lain yang lebih berkemampuan dan sihat, agar perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada PPM. Namun begitu, saya masih akan menjadi Editor bagi Berita Parkinson sehingga akhir tahun 2007. Sekali lagi, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang telah memberikan soko-ngan kuat kepada saya selama ini. Sekian, terima kasih. Chee Liew Seong |